Friday, November 16, 2007

Bersih


Lama dah tak aku menulis kat sini. Minggu lepas telah diadakan perhimpunan aman Bersih yang berarak ke istana negara untuk menyampaikan hasrat mereka agar kerajaan yang sedia ada lebih telus and lebih bersih dalam pemerintahan dan pada pilihanraya yang akan datang tak lama lagi...

Berbagai peristiwa menarik telah terjadi semasa perarakan Bersih...pelbagai pihak memberi intrepetasi masing2 tapi nampaknya penjelesan dan amaran pihak kerajaan kali seumpama diperlekehkan sahaja oleh pihak2 yang menganjurkan perhimpunan mega ini.

Perhimpunan ini juga telah mendapat liputan meluas daru media massa luar antaranya Al-Jazeera, Reuters, cnn dan lain - lain lagi..Ianya telah dihadiri oleh rakyat dari berbilang bangsa dan peringkat umur serta jantina.

Pada hari perhimpunan mega itu, hampir semua jalan masuk ke Kuala lumpur diadakan sekatan jalanraya oleh pihak PDRM. Ramai yang diarah berpatah balik dan yang berpakaian kuning ditahan tetapi dibebaskan kemudian.

Aku pun tak nak la ulas banyak2 kat sini kerana lebih banyak lagi informasi yang boleh didapati di laman2 seperti http://www.harakahdaily.net/bm/

Cuma mungkin aku nyatakan disini.....rakyat kini tidak semudah itu untuk menerima segala propaganda dan agenda kerajaan. Rakyat kini mampu berfikir dan meneliti keadaan dan lebih bijak dalam membuat keputusan.

Ketelusan kerajaan kini menjadi kesangsian rakyat!!!...

No comments: