MERDEKA!!!...MERDEKA!!!....MERDEKA!!!!...
Laungan keramat itu hampir pasti akan kedengaran setiap kali menjelang 31 Ogos.
Namun, semangatnya tidak lagi sama seperti 50 tahun yang lalu. Pengertian merdeka itu sendiri akan berbeda-beda jika ditanya pada khalayak sekarang ini...
dari perspektif seorang anak merdeka...tipu jika aku katakan yang aku memahami perasaan dan perjuagan pewira-pewira bangsa yang menitis keringat, darah malah nyawa mereka demi kemerdekaan negara tercinta ini. Tetapi sesungguhnya, aku dan juga mungkin golongan-golongan yang seumpama aku amat terhutang budi kepada mereka semua. Tanpa perjuagan mereka, kita tidak akan meraih semua ini...secepat ini...seaman ini..senyaman ini...
Negara berbilang kaum pasti tidak akan sunyi dengan sikap prejudis perkauman. Malaysia tidak terkecuali dari semua itu. Namun, keadaan kita jauh lebih baik jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang berbilang kaum. Masalah perkauman diatasi dengan bijak dan halus agar ianya tidak menjadi isu nasional. Rusuhan kaum boleh dikatakan tidak pernah berlaku. Suatu fenomena yang janggal jika dibandingkan dengan negara berbilang kaum yang lain.
Kepesatan ekonomi negara walaupun nampak menarik dari luarannya...tetapi dalamannya harus diperhalusi. kepentingan peribadi dan monopoli sesetengah pihak yang mempunyai kuasa dan wang semakin terserlah kebelakangan ini. Kepesatan ekonomi negara adalah untuk siapa....hanya tertakluk pada sesetengah pihak sahaja!!!....
Islam ugama rasmi...tapi apakah undang-undang Islam yang disanjung???....tidak...malah diperlekeh!!!!...timbul pula Islam Hadhari....apa ini???...Islam baru??....fahaman baru???...entah lah....aku sendiri tidak berani menjawab....
Malaysia ku Merdeka!!!!
Wednesday, August 29, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment