Saturday, August 30, 2008

Ramadhan and Merdeka



Ramadhan datang lagi. Syukur Alhamdulillah, aku masih bernafas untuk menikmatinya buat ke 38 kali. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Kepada semua kawan-kawan, sepuluh jari disusun memohon maaf diatas ketelanjuran kata-kata atau laku.

Kemerdekaan negara yang ke 51 juga akan disambut beberapa hari lagi. kalau tahun lepas, sambutannya gemilang sekali sejajar dengan setengah abad kemerdekaan negara. Mungkin tahun ini agak kurang kerana langkah berjimat cermat kerajaan(kononnya la). Kemerdekaan kali ni menarik kerana cuaca politik negara begitu hangat sekali. DSAI ynag sedang meneruskan perjuangannya untuk perubahan yang lebih baik begitu ditakuti oleh puak2 BN.

Bajet 2009 pula dilihat sebagai langkah terdesak pak lah untuk memenangi wakil2 dari sabah dan sarawak.

Apa pun, semoga kita semua sejahtera dan sentiasa mendapat petunjuk dan perlindungan Allah S.W.T

Selamat menjalani ibadah puasa, selamat menyambut kemerdekaan ke 51..