Sunday, September 21, 2008

LAILATUL QADAR


hmm...diam tak diam, kita telah melepasi separuh Ramadhan. Dalam kita sibuk dengan isu2 pengambilan kerajaan baru yang dijadualkan pada 16 Sept lalu dan selepas itu isu hangat pelan peralihan kuasa Pak Lah disusuli pula dengan isu2 Lehman bersaudara, AIG dan lain2 lagi. Kita kini berada didalam sepuluh Ramadhan terakhir. Maka Lailatul Qadar menjadi buruan dan impian kita semua.

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam Al Qur'an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan ianya juga diperingati sebagai malam turunnya Al Qur'an. keistimewaan malam ini dijelaskan pada Surat Al Qadar, surat ke-97 dalam Al Qur'an.

" Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang artinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhon" " (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)

Semoga kita semua adalah dikalagan yang terpilih untuk bertemu malam Lailatul Qadar. InsyAllah.

No comments: